PROGRAM EKSPRESI NEGARAKU PASIR PUTEH, KELANTAN

Published in Recent Activity

 

 

PASIR PUTEH -13 MEI 2017 (SABTU) 8.30 PAGI

Program Ekspresi Negaraku telah berlangsung dengan jayanya di padang SMK Sg Petai, Pasir Puteh, Kelantan. Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara dalam diri rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, mengetepikan sebarang perbezaan serta bersatu hati dalam menjayakan cita-cita bagi membentuk Malaysia yang lebih makmur dan berjaya. Pelbagai aktiviti seperti Larian Bendera Negaraku, senamrobik, pameran daripada jabatan / agensi serta persembahan artis turut dilaksanakan sebagai memeriahkan program tersebut.

 

Seawal jam 6.00 pagi, orang ramai mula tiba di perkarangan padang SMK Sg Petai untuk menyertai Larian Bendera Negaraku. Dianggarkan lebih 5,000 peserta menyertai acara pembuka tirai program ini yang dirangka khusus bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Pelepasan Larian Bendera Negaraku sejauh 3.7km ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri seawal jam 7.00 pagi.

 

Program seterusnya diikuti dengan acara Majlis Perasmian. Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi telah mendarat di Pangkalan Udara Gong Kedak kira-kira jam 8.50 pagi, 15 minit lebih awal dari masa dijadualkan bagi merasmikan pembukaan program Ekspresi Negaraku peringkat Negeri Kelantan. Ketika berucap merasmikan program tersebut, beliau menegaskan bahawa Program Ekspresi Negaraku merupakan acara yang amat bermakna kerana rakyat Malaysia diajak meraikan semangat cintakan negara, mengukuhkan pertalian sesama sendiri serta dipenuhi nilai hormat menghormati.

 

“Dengan semangat Negaraku yang tersemat kukuh dalam jiwa kita semua, Malaysia sememangnya menjadi contoh kepada negara-negara lain dari segi perpaduan, kemajuan serta ikatan kukuh dalam kalangan masyarakat majmuk,” katanya.

 

Untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap semua inisiatif kerajaan yang telah banyak membantu rakyat, pelbagai pameran dan aktiviti telah diadakan sepanjang program ini. Antaranya pameran 'Zon Kebanggaan dan Kecintaan' yang menampilkan kisah-kisah kejayaan dan sumbangan individu, komuniti dan organisasi yang telah menyumbang kepada negara melalui 'Kisah-kisah Kejayaan Negaraku'. Zon Aspirasi pula menyediakan peluang kepada rakyat berkongsi harapan dan aspirasi mereka untuk masa hadapan negara bagi membentuk Transformasi Nasional 2050 (TN50).

 

Sebanyak 27 jabatan kerajaan/ agensi/ NGO, 5 syarikat media dan 2 syarikat GLC telah bersama-sama menjayakan program ini. Antara agensi terlibat adalah:

 

KEMENTERIAN / AGENSI / NGO

MEDIA

GLC

  1. JPA
  2. JAKIM
  3. MAMPU
  4. KKMM
  5. KKM
  6. KPDNKK
  7. KDN
  8. KPM
  9. KBS

10. KPT

11. KPKT

12. KPWKM

13. KKLW

14. MOF

15. MITI

16. MINDEF

17. MOA

18. MOTAC

19. PERMATA

20. BALAI SENI

21. MICHMA

22. ICU

23. KKR

24. ECERDC

25. ECERJKR

26. Pameran Digital Rajaku Negaraku

27. TERAJU

  1. RTM
  2. MEDIA PRIMA
  3. TV AL-HIJRAH
  4. IM4Ufm
  5. BERNAMA

  1. PETRONAS
  2. BANK RAKYAT
       

 

Pada sebelah malam, telah diadakan Malam Ekspresi Negaraku yang menampilkan persembahan pembukaan dikir barat dari Man Khan dan Roy Kapila. Ini diikuti persembahan oleh artis-artis ternama seperti Dato’ M. Nasir, Dato’ Ramli Sarip, Lah Ahmad dan Kumpulan Rabbani.