MAJLIS IFTAR RAMADAN DAN MAJLIS APRESIASI MANTAN PENGARAH JPPK YBHG. DATO' MAKHTAR BIN MUSTAPHA BERSAMA YBHG. DATUK SERI AHMAD ZAKI ANSORE BIN MOHD YUSOFF, KETUA PENGARAH ICU JPM

Published in Recent Activity

 

 

KOTA BHARU -18 JUN 2017 (AHAD) 

Majlis Iftar Ramadhan & Majlis Apresiasi Mantan Pengarah JPPK YBhg. Dato' Makhtar bin Mustapha bersama YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusoff, Ketua Pengarah ICU JPM telah berlangsung pada 18 Jun 2017 (Ahad) bertempat di Luxury Garden & Event, Tanjung Chat, Kota Bharu. Majlis telah dihadiri seramai 400 orang tetamu yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JPP Kelantan serta ibu tunggal yang turut diraikan pada majlis tersebut.

 

Majlis dimulakan pada jam 6.00 petang dengan ucapan aluan daripada YBhg. Tn Hj. Yahaya bin Mamat, Pengarah JPP Kelantan selaku tuan rumah dan disusuli ucaptama oleh YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusoff. Selain itu, penyampaian penghargaan kepada YBhg. Dato Makhtar bin Mustapha selaku Mantan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) oleh YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah ICU JPM.

 

Majlis berkenaan juga turut diisi dengan penyampaian sumbangan kepada para asnaf dan juga ibu tunggal seramai 100 orang penerima.