LAWATAN YAB. DATO' SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA KE PARLIMEN JELI

Published in Recent Activity

 

5 SEPTEMBER 2017 : Program lawatan YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Parlimen Jeli serta Majlis Pemimpin Bersama Rakyat  YAB. Dato' Seri  Dr. Ahmad Zahid Hamidi  telah diadakan. Program bermula apabila YAB TPM tiba di Padang Kem RS KEM BATU 11 dengan menaiki helikopter daripada Pengkalan Udara Gong Kedak Terengganu. YAB Timbalan Perdana Menteri bertolak daripada Padang Kem RS Batu 11 dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi berkonvoi bersama dengan kira-kira 600  motosikal berkuasa tinggi daripada gabungan Persatuan Superbike Malaysia (SAM) ke Kg. Wakaf Zin , Ayer Lanas  bagi lawatan ziarah ke 3 buah rumah asnaf untuk penyampaian sumbangan.

YAB TPM turut ke UMK Jeli bagi program bersama pelajar baru UMK Jeli . Program Majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Jeli  Di Dataran Makan-Makan Bandar Jeli bermula setelah YAB TPM selesai menunaikan solat isyak berjemaah di Masjid Sultan Muhamad 1, Bandar Jeli. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran  kira-kira  7000 orang yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan / Agensi Persekutuan /Pemimpin Tempatan serta masyarakat setempat. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku,nyanyian lagu selamat sultan serta nyanyian lagu jalur gemilang. Majlis diteruskan dengan bacaan doa disusuli dengan jamuan rakyat dan acara persembahan pentas oleh kumpulan band jemputan. Majlis berakhir pada pukul 10.00 malam.

 

Antara VVIP yang turut hadir :

1) YAB. DATO' SERI  DR. AHMAD ZAHID BIN  HAMIDI  - TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

2) YB. DATO' SRI  MUSTAPA BIN  MOHAMED  - YB. PARLIMEN JELI / ADUN AIR LANAS/ MENTERI MITI

3) YB DATUK HAJI AHMAD JAZLAN BIN HJ. YAAKUB  - TIMBALAN MENTERI KKLW

4) TUAN HAJI YAHYA BIN MAMAT - PENGARAH JPPK

5)YABRS. DATO' HAJI ABDUL HALIM BIN SULEIMAN  - PRESIDEN SAM

6)DATO' HAJI SULAIMAN BIN SAMIA'AN - SETIAUSAHA KEHORMAT SAM

7)YABRS. HAJI ZULKIFLI BIN AB RAHMAN - KETUA JAJAHAN JELI

8)BRIG. JENERAL NAZARI ABD HADI - PANGLIMA 8 BRIGED

9)BRIG. JENERAL NAZARI ABD HADI - PANGLIMA 8 BRIGED

10) YB DATO' ABDUL AZIZ BIN DERASHID - ADUN KUALA  BALAH

11) YB DATO' HAJI MOHD ADHAN BIN KECHIK - ADUN BUKIT BUNGA / PENGERUSI LKTN

12)YB. DATO' HJ. IKMAL HISHAM B. ABDUL AZIZ - AHLI PARLIMEN TANAH MERAH

13) IMAM MASJID JELI

14)PROFESOR DATO' DR IR. BADHRULHISHAM BIN ABDUL AZIZ - PENGARAH UMK KAMPUS JELI

15) PROFESOR DATO' DR. MORTAZA MOHAMED - NAIB CENSELOR UMK

16) PUAN ROSLINAH BINTI MOHAMED