PROGRAM MY BEAUTIFUL NEIGHBOURHOOD PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2017

Published in Recent Activity

 

KUALA KRAI – 14 OKTOBER 2017 (SABTU)

Pelancaran Program MY BEAUTIFUL NEIGHBOURHOOD Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2017  telah diadakan pada 14 Oktober 2017 (Sabtu) bertempat di Kompleks Rekreasi Gua Ikan, Dabong Kuala Krai. Majlis bermula pada pukul 7.45 pagi dimulai dengan Taklimat Gotong-Royong  oleh Ustaz Zaki bin Mohamed dan majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada YBrs. Tuan Hj. Yahaya bin Mamat (Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan diikuti dengan ucapan perasmian daripada Dato’ Ramzi bin Ab Rahman (Adun Dabong). Acara seterusnya Pelancaran Gimik Bergotong-Royong oleh YB Dato’ Ramzi bin Ab Rahman (Adun Dabong), YBrs.Tuan Hj. Yahaya bin Mamat (Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan Negeri Kelantan iaitu menanam anak pokok. Semua Agensi/NGO bersama penduduk membersihkan persekitaran Kompleks Rekreasi Gua ikan mengikut Zon/Blok/Tugas yang diberikan.

 

Majlis turut diserikan dengan Sukaneka dan Pertandingan Mewarna dari kanak-kanak Tadika KEMAS. Para pengunjung turut dihiburkan dengan Acara Dikir Barat dan Cabutan Bertuah. Acara seterusnya Lawatan ke 8 Booth Pameran dan Perkhidmatan Agensi/NGO antaranya Pertanian, Kesihatan , Jabatan Pendaftaran Negara , Polis dan PTPTN. Majlis diteruskan dengan Jamuan Rakyat yang dilakukan secara bergotong-royong dengan Penduduk setempat dan diteruskan dengan solat zohor berjemaah.

 

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 1500 orang termasuk VIP yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan di Negeri Kelantan dan Daerah Kuala Krai. Majlis berakhir pada pukul 2.00 petang.