MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN PERSEKUTUAN NEGERI KELANTAN (MTPNg) BIL.03/2017

Published in Recent Activity

 

05 NOVEMBER 2017 (AHAD) - Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNg) Bil.3/2017 merupakan mesyuarat terakhir untuk tahun ini diadakan di Bilik Gerakan, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dipengerusikan oleh YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed. Mesyuarat kali ini juga dihadiri Timbalan Pengerusi 2 iaitu YB. Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Haji Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sementara Timbalan Pengerusi 3 diwakili oleh Encik Mohd Razali bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penyelarasan Projek Khas) ICU, JPM. Selain itu, kehadiran Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU, JPM), YBhg. Dato Nik Azman bin Nik Abdul Majid turut merancakkan lagi perbincangan pada kali ini.

Mesyuarat kali ini banyak menyentuh dan membincangkan secara khusus berhubung dengan usaha-usaha pembangunan fizikal dan modal insan yang sedang dan akan dijalankan di Negeri Kelantan terutamanya projek-projek berimpak tinggi oleh pihak JKR dan ECER dibawah RMKe-11. Mesyuarat juga turut membincangkan isu-isu kritikal yabg belum selesai seperti pelaksanaan Rumah Kekal Banjir (RKB) serta isu keselamatan dan kemelut Orang Asli Negeri Kelantan.