MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF PASAR BESAR TANAH MERAH, MD TANAH MERAH

Published in Recent Activity

 

19 NOVEMBER 2017 (AHAD)-  Majlis Penyerahan bagi Projek  Menaiktaraf Pasar Besar Tanah Merah telah diadakan pada 19 November 2017 bertempat di Perkarangan Pasar Besar Tanah Merah. Upacara tersebut disempurnakan oleh Ir Zailan Bin Ab Rahman,Timbalan Pengarah (Teknikal) mewakili Jabatan Pembangunan Persekutuan serta Wan Mohd Suhaimi Wan Mustapha, mewakili Majlis Daerah Tanah Merah dan disaksikan oleh  Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz. Projek yang menelan belanja hampir RM1.29 Juta diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan menerusi  kementerian perumahan dan kerajaan tempatan(KPKT) dan telah berjaya disiapkan dalam tempoh kontrak melalui seliaan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK).

 

Antara skop penambahbaikan adalah  menaiktaraf Bangku&Kiosk Penjual,membaiki struktur bangunan yang rosak, mengecat  keseluruhan bangunan serta menaiktaraf keseluruhan system pendawaian elektrik bangunan. Ianya memberi kesan positif kepada pengunjung amnya serta para peniaga khususnya dimana memberi kemudahan yang lebih selesa serta berwajah baharu. Selain itu dengan projek menaiktaraf ini dapat meningkatkan daya tarikan penunjung untuk membeli di pasar besar tanah merah dan meningkatkan aktiviti ekonomi setempat.