MAJLIS IFTAR RAMADHAN WARGA JPPK BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN MAJLIS APRESIASI MANTAN PENGARAH JPPK

Published in Recent Activity

 

 

KOTA BHARU 10 JUN 2018 - Majlis Iftar Ramadhan Warga JPPK Bersama Anak-Anak Yatim dan Majlis Apresiasi Mantan Pengarah JPPK telah diadakan pada 10 Jun 2018 bertempat di Luxury Garden, Tanjung Chat, Kota Bharu Kelantan. Majlis ini telah dihadiri seramai 200 orang warga JPPK dan 60 orang anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Darul Hanan dan Rumah Anak Yatim Al-Kausar.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran YBhg. Tan Sri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusoff, Ketua Pengarah ICU JPM dan Mantan Pengarah JPPK YBhg. Dato' Haji Yahaya bin Mamat turut diraikan dalam majlis tersebut sempena hari persaraan beliau pada 25 April 2018.

Majlis berkenaan berlangsung dengan jayanya dengan pelbagai juadah yang disediakan untuk jamuan berbuka puasa bersama-sama dan diakhiri dengan solat terawih secara berjemaah oleh warga JPPK.