LAWATAN KERJA YBHG. DATUK ZOLKOPLI BIN DAHALAN , TIMBALAN KETUA PENGARAH ICU JPM (PEMBANGUNAN STRATEGIK)

Published in Recent Activity

 

 

KELANTAN 08 OGOS 2018 -  Pada 08 Ogos 2018, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan telah menerima kunjungan rasmi oleh YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM dan diiringi Pegawai Kanan ICU JPM iaitu En. Asmar Asmadi bin Abdullah Sani, Pengarah BKP ICU JPM dan En. Mohd Fadzil bin Ismail, Timbalan Pengarah Bahagian Sumber, ICU JPM.

Lawatan Kerja selama sehari YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan, Timbalan Ketua Pengarah ICU JPM ke Negeri Kelantan pada kali ini adalah bertujuan untuk menyampaikan taklimat berkaitan penstrukturan semula JPP Kelantan. Bagi tujuan tersebut, seluruh warga kerja JPP Kelantan telah hadir pada sesi berkenaan yang berlangsung bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari.

Disamping itu juga, YBhg. Datuk Zolkopli bin Dahalan turut menghadiri lawatan kerja ke PPJ Pasir Mas bersama rombongan.