LAWATAN PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN KERAJAAN: CADANGAN PEMBINAAN SEMULA DAN MENAIKTARAF SEKOLAH DAIF MENGGUNAKAN INDUSTRIALISED BUILDING SYSTEM (IBS) DI SEMENANJUNG MALAYSIA (FASA 1) TAHUN 2018 – NEGERI KELANTAN

Published in Recent Activity

 

 

KELANTAN 12 - 13 OGOS 2018 -  Bahagian Pemantauan & Pembangunan, ICU JPM dan Bahagian Pemantauan & Penilaian JPPK telah mengadakan lawatan pemantauan ke tapak projek sekolah daif yang berstatus lewat jadual di Pasir Mas dan Gua Musang pada 12 dan 13 Ogos 2018. Tarikh siap pembinaan adalah pada 6 Jun 2018 dan lanjutan masa EOT 1 sehingga 6 Julai 2018 dan tarikh jangkaan siap semasa adalah pada 26 Julai 2018.

Hasil pemerhatian mendapati kelewatan pelaksanaan projek diakibatkan oleh masalah kekangan material dan kegagalan pihak kontraktor membuat perancangan program kerja dengan teratur khususnya pembekalan sumber pekerja yang mencukupi menjejaskan pelaksanaan kerja – kerja di tapak bina. Baki kerja yang masih belum disiapkan oleh pihak kontraktor adalah kerja- kerja elektrikal, kerja kemasan dan kerja – kerja luar bangunan.

 

Antara VIP yang hadir adalah seperti berikut:

i)                  Pegawai Pemantau ICU JPM (M52 & M44)

ii)                 Pegawai Pemantau JPPK (M44 & N19)

iii)                Jurutera Jajahan (M48)

iv)                Kontraktor