TAKLIMAT PENGURUSAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DAN KAWALAN DOKUMEN RAHSIA RASMI

Published in Recent Activity

 

 

KELANTAN 23 SEPTEMBER 2018  - Taklimat Pengurusan Keselamatan Perlindungan dan Kawalan Dokumen Rahsia Rasmi ini telah di pengerusikan oleh Timbalan Pengarah (Pembangunan) Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) YBrs. Encik Dick Khuzariry bin Mohamad yang diadakan pada 23 September 2018 dari jam 8.30 pagi hingga 1.00  tengahari  di Bilik Gerakan, Tingkat 14, JPPK.

Taklimat ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohd Radzi bin Jamalluddin, Pengarah Keselamatan Kerajaan yang dihadiri seramai 70 pegawai/kakitangan dari beberapa Jabatan/Agensi Persekutuan Kelantan.

Objektif taklimat ini adalah bagi memberi pengetahuan dan kefahaman tentang Pengurusan Keselamatan Perlindungan dari perspektif Arahan Keselamatan dan juga bagi menjelaskan tentang prosedur yang betul, tepat dan jelas berkenaan dokumen rahsia rasmi kerajaan.