Data SourceArchieve

 

 

KOTA BHARU, KELANTAN -16 OGOS 2017 (RABU)

Majlis Menandatangani Memorandum Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Oleh Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan Dan Negeri Tahun 2017 telah berlangsung pada 16 Ogos 2017 (Rabu) bertempat di Dewan Bunga Emas, Hotel Perdana, Kota Bharu. Majlis telah dihadiri seramai 300 orang tetamu yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan Dan Negeri serta Pegawai dan Kakitangan JPP Kelantan.

Majlis bermula pada jam 2.00 petang dengan ucapan aluan oleh YABrs. Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Tuan Haji Yahaya bin Mamat disusuli dengan ucapan oleh YB. Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Bacaan Ikrar dan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Persekutuan dan Negeri disaksikan oleh YBhg. Datuk Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

  

 

 

 

 

 

 

 

 

BACHOK, KELANTAN -29 JULAI 2017 (SABTU)

Majlis Pelancaran Program Bantuan Baik Pulih Rumah Secara Gotong Royong telah diadakan pada 29.07.2017 pada jam 3.00 petang bertempat di Kampung Teluk, Perupok, Bachok adalah merupakan majlis perasmian peringkat Negeri Kelantan.

Program tersebut adalah bagi membantu rakyat miskin dalam meningkatkan taraf hidup ekonomi masyarakat yang terlibat.

Pelancaran Program Bantuan Baik Pulih Secara Gotong-Royong telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Awang Adek bin Hj. Hussin. Turut dihadiri oleh seramai 150 orang penduduk sekitar bagi menyaksikan majlis tersebut.

 Antara VIP yang hadir :

1) YBrs. Tn Hj. Yahaya bin Mamat - Pengarah JPP Kelantan
2) YBhg. Dato' Dr Illias bin Husain - Penyelaras Dun Perupok)
3) YBrs. Tn Hj. Che Samsuzuha bin Che Noh - Pegawai Khas Dato' Dr Awang Adek bin Hussin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KOTA BHARU -19 JULAI 2017 (RABU)

Majlis Solat Hajat Sempena Keberangkatan Jemaah Haji Tahun 1438H telah berlangsung pada 19 Julai 2017 (Rabu) bertempat di Bilik Banquet Tingkat 14, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Menara Perbadanan, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis tersebut telah dihadiri seramai 20 orang pegawai dan kakitangan JPP Kelantan. Turut menghadiri majlis solat hajat tersebut adalah YBhg. Tn Hj. Yahaya bin Mamat Pengarah JPP Kelantan, YBrs. En Amir Zakri bin Mahmad Mahyidin Timbalan Pengarah (Pembangunan) JPP Kelantan, YBrs. Tn. Hj. Kahadi bin Hassan Timbalan Pengarah (Teknikal) JPP Kelantan, En. Azman bin Ismail KPP (Kanan), En. Mohamad Hakimi bin Che Muda KPP (PMI) dan En. Mohd Daud bin Abu Yazid Pen. Pengarah (W).

 

Majlis dimulakan pada jam 1.40 petang dengan solat Zohor berjemaah yang diimamkan oleh Tn. Hj. Ab. Razak bin Mat Saat. Majlis diteruskan dengan solat hajat berjemaah yang diimamkan juga oleh Tn. Hj Ab Razak bin Mat Saat. Majlis seterusnya diteruskan lagi dengan ucapan ringkas oleh YABrs. Pengarah JPP Kelantan dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada bakap jemaah haji iaitu kepada En. Azman bin Ismail KPP (Kanan), En. Mohd Daud bin Abu Yazid Pen. Pengarah (W), Pn. Faridah binti Zakaria Pembantu Khas Timbalan Pengarah (P) dan Ustaz Wan Abd. Ghani.

Majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari dan bersurai.

 

 

 

 

 

 

 

 

KOTA BHARU -18 JUN 2017 (AHAD) 

Majlis Iftar Ramadhan & Majlis Apresiasi Mantan Pengarah JPPK YBhg. Dato' Makhtar bin Mustapha bersama YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusoff, Ketua Pengarah ICU JPM telah berlangsung pada 18 Jun 2017 (Ahad) bertempat di Luxury Garden & Event, Tanjung Chat, Kota Bharu. Majlis telah dihadiri seramai 400 orang tetamu yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JPP Kelantan serta ibu tunggal yang turut diraikan pada majlis tersebut.

 

Majlis dimulakan pada jam 6.00 petang dengan ucapan aluan daripada YBhg. Tn Hj. Yahaya bin Mamat, Pengarah JPP Kelantan selaku tuan rumah dan disusuli ucaptama oleh YBhg. Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusoff. Selain itu, penyampaian penghargaan kepada YBhg. Dato Makhtar bin Mustapha selaku Mantan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) oleh YBhg. Datuk Seri Ketua Pengarah ICU JPM.

 

Majlis berkenaan juga turut diisi dengan penyampaian sumbangan kepada para asnaf dan juga ibu tunggal seramai 100 orang penerima.

 

 

 

 

 

 

KOTA BHARU -31 MEI 2017 (RABU) 

Majlis ini dihadiri oleh lebih 700 orang peserta yang terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan, Agensi Persekutuan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pemimpin-pemimpin Tempatan.                  

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Tuan Haji Yahaya bin Mamat selaku tuan rumah dan disusuli ucapan oleh Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed. Majlis turut diisi dengan taklimat isu semasa yang disampaikan oleh Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed dan jemputan khas iaitu iaitu Encik Darwish Abdul Razak Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (ERCL) menyampaikan taklimat berhubung ECRL di Kelantan. Sesi tazkirah telah disampaikan oleh penceramah jemputan Al Fadhil Ustaz Haji Mukhtar. Selain itu, penyampaian penghargaan kepada YBhg. Dato’ Makhtar bin Mustapha mantan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) oleh Dato’ Seri Mustapa bin Mohamed.

Majlis turut diserikan dengan sumbangan kepada anak-anak yatim dan ibu tunggal seramai 50 orang. Majlis ini berakhir dengan majlis berbuka puasa. 

 

 

 

 

 

 

PASIR PUTEH -13 MEI 2017 (SABTU) 8.30 PAGI

Program Ekspresi Negaraku telah berlangsung dengan jayanya di padang SMK Sg Petai, Pasir Puteh, Kelantan. Program ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bertujuan menyemarakkan semangat cintakan negara dalam diri rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, mengetepikan sebarang perbezaan serta bersatu hati dalam menjayakan cita-cita bagi membentuk Malaysia yang lebih makmur dan berjaya. Pelbagai aktiviti seperti Larian Bendera Negaraku, senamrobik, pameran daripada jabatan / agensi serta persembahan artis turut dilaksanakan sebagai memeriahkan program tersebut.

 

Seawal jam 6.00 pagi, orang ramai mula tiba di perkarangan padang SMK Sg Petai untuk menyertai Larian Bendera Negaraku. Dianggarkan lebih 5,000 peserta menyertai acara pembuka tirai program ini yang dirangka khusus bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Pelepasan Larian Bendera Negaraku sejauh 3.7km ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Mustapa Bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri seawal jam 7.00 pagi.

 

Program seterusnya diikuti dengan acara Majlis Perasmian. Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi telah mendarat di Pangkalan Udara Gong Kedak kira-kira jam 8.50 pagi, 15 minit lebih awal dari masa dijadualkan bagi merasmikan pembukaan program Ekspresi Negaraku peringkat Negeri Kelantan. Ketika berucap merasmikan program tersebut, beliau menegaskan bahawa Program Ekspresi Negaraku merupakan acara yang amat bermakna kerana rakyat Malaysia diajak meraikan semangat cintakan negara, mengukuhkan pertalian sesama sendiri serta dipenuhi nilai hormat menghormati.

 

“Dengan semangat Negaraku yang tersemat kukuh dalam jiwa kita semua, Malaysia sememangnya menjadi contoh kepada negara-negara lain dari segi perpaduan, kemajuan serta ikatan kukuh dalam kalangan masyarakat majmuk,” katanya.

 

Untuk meningkatkan kesedaran rakyat terhadap semua inisiatif kerajaan yang telah banyak membantu rakyat, pelbagai pameran dan aktiviti telah diadakan sepanjang program ini. Antaranya pameran 'Zon Kebanggaan dan Kecintaan' yang menampilkan kisah-kisah kejayaan dan sumbangan individu, komuniti dan organisasi yang telah menyumbang kepada negara melalui 'Kisah-kisah Kejayaan Negaraku'. Zon Aspirasi pula menyediakan peluang kepada rakyat berkongsi harapan dan aspirasi mereka untuk masa hadapan negara bagi membentuk Transformasi Nasional 2050 (TN50).

 

Sebanyak 27 jabatan kerajaan/ agensi/ NGO, 5 syarikat media dan 2 syarikat GLC telah bersama-sama menjayakan program ini. Antara agensi terlibat adalah:

 

KEMENTERIAN / AGENSI / NGO

MEDIA

GLC

  1. JPA
  2. JAKIM
  3. MAMPU
  4. KKMM
  5. KKM
  6. KPDNKK
  7. KDN
  8. KPM
  9. KBS

10. KPT

11. KPKT

12. KPWKM

13. KKLW

14. MOF

15. MITI

16. MINDEF

17. MOA

18. MOTAC

19. PERMATA

20. BALAI SENI

21. MICHMA

22. ICU

23. KKR

24. ECERDC

25. ECERJKR

26. Pameran Digital Rajaku Negaraku

27. TERAJU

  1. RTM
  2. MEDIA PRIMA
  3. TV AL-HIJRAH
  4. IM4Ufm
  5. BERNAMA

  1. PETRONAS
  2. BANK RAKYAT
       

 

Pada sebelah malam, telah diadakan Malam Ekspresi Negaraku yang menampilkan persembahan pembukaan dikir barat dari Man Khan dan Roy Kapila. Ini diikuti persembahan oleh artis-artis ternama seperti Dato’ M. Nasir, Dato’ Ramli Sarip, Lah Ahmad dan Kumpulan Rabbani.

 

 

 

 

 

 

KUALA KRAI -20 APRIL 2017 (KHAMIS) 9.00 PAGI -  Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat Parlimen Kuala Krai tahun 2017 telah diadakan pada 20 April 2017 (Khamis) bertempat di Padang Masjid Mukim Batu Balai, Kuala Krai. Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dimulai dengan ucapan daripada Dato’ Ramzi bin Ab Rahman (Adun Dabong) dan diikuti dengan acara Penyampaian Bantuan Rakyat dari beberapa Agensi Kerajaan antaranya KEMAS, PPJ Kuala Krai, JKM, RISDA dan Pejabat Pertanian Kuala Krai.

 

Majlis ini turut diserikan dengan Pertandingan Mewarna dari kanak-kanak Tadika KEMAS, Cabutan Bertuah dan dihiburkan dengan Acara Dikir Barat. Acara seterusnya Lawatan ke 13 Booth Agensi/NGO yang membuka kaunter antaranya PPJ Kuala Krai, JKM, FAMA, Pertanian, Risda, Kesihatan, JPJ, Giat Mara, KEMAS, SPR dan Puteri. Majlis diteruskan dengan Jamuan Rakyat yang dilakukan secara bergotong-royong dengan Penduduk setempat dan diteruskan dengan solat zohor berjemaah dan disambung dengan Tazkirah Zohor. Majlis sebelah petang pula dimulai dengan Program Walkabout Jom Bantu Rakyat iaitu YB Dato membuat lawatan Rumah ke Rumah melibatkan beberapa Agensi Kerajaan antaranya Program Ziarah Kasih (JPP/JKKKP), Lawatan Baikpulih Rumah (JPP/JKKKP), Lawatan Kerja-kerja Pendawaian Elektrik (Giat Mara), Lawatan Bantuan Bina Baru Rumah (KESEDAR), Lawatan Bantuan Wang Ehsan Kronik (JPP/JKKKP), Program Ziarah Kasih Bantuan Kerusi roda dan Bantuan Kewangan (JKM).

 

Program Walkabout ini melibatkan 11 buah rumah. Majlis tersebut dihadiri kira-kira 700 orang termasuk VIP yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan di Daerah Kuala Krai. Majlis berakhir pada pukul 5.00 petang.

 

 

 

 

 

 

PASIR PUTEH - 08 APRIL 2017 (SABTU) 8.30 PAGI - Majlis Penyerahan Wang Ehsan Pelajar IPTA Parlimen Pasir Puteh Bil 1/2017 telah diadakan di Dewan Uthmaniyah, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Semerak, Pasir Puteh, Kelantan. Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Haji Zawawi bin Hj. Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak dan kemudiannya diteruskan dengan Penyampaian Wang Ehsan Pelajar IPTA Parlimen Pasir Puteh. Majlis berakhir dengan jayanya pada jam 12.00 tengahari.

Daripada sejumlah 162 penerima dijemput, 132 orang atau 81.4% telah hadir ke majlis ini mengikut kategori penerima seperti berikut:

 

  • Kategori Ijazah seramai  100 orang;
  • Kategori Diploma seramai  55 orang;
  • Kategori Asasi seramai 3 orang; dan
  • Kategori Matrikulasi seramai 2 orang.

 

 

 

 

 

 

PASIR PUTEH - 13 - 29 MAC 2017 (ISNIN) -   Majlis Penyampaian Baucer BR1M 2017 bagi Parlimen Pasir Puteh telah diadakan pada 13 hingga 29 Mac 2017 bertempat di Dewan Uthmaniyah, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Semerak, Kampung Pulau Lima, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Zawawi bin Hj. Othman, ADUN Semerak. Sebanyak 17 kali majlis telah diadakan dan seramai lebih kurang 1,000 orang penerima dijemput hadir ke setiap majlis tersebut. Sebanyak 12,834 baucer telah diagihkan iaitu 77.6% daripada jumlah keseluruhan 16,534 penerima yang dijemput hadir ke majlis tersebut. 

 

 

 

 

 

 

KOTA BHARU - 13 MAC 2017 (ISNIN) ;DEWAN SONGKET 1 DAN 2 HOTEL SUTERA INN KOTA BHARU-  Program Ramah Mesra PTD seluruh Negeri Kelantan bersama YBhg. Dato Pengarah merupakan satu perjumpaan santai bagi mengenali antara satu sama lain. Antara objektif lain majlis ini  adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama secara positif dalam pelbagai aspek dan  perkongsian idea dan pandangan bagi mamajukan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan di Negeri Kelantan.

Melalui sesi sebegini juga para PTD mempunyai satu platform yang baik dan inisiatif ini sangat bermanfaat bagi skim perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik di Kelantan selain dapat merancang aktiviti-aktiviti sukan dan kebajikan bagi ahli-ahli yang berada di Kelantan.

Sesi ini akan dijadikan aktiviti berkala dan akan diteruskan pada masa hadapan bersama YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri (MTPNg) Kelantan.