MaklumbalasFAQ's

FAQ SPPII

  SOALAN LAZIM YANG SELALU DITANYA :

SPP II

Pentadbiran

Projek Khas

Teknikal ICT

e-Kasih

Wang Ehsan

 
SPP II
 
  1. Apakah itu Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) dan organisasi mana yang terlibat dalam pelaksanaannya ?
    SPP II ialah satu sistem di bawah Kerajaan Elektronik yang merupakan salah satu aplikasi perdana di bawah Multimedia Super Koridor (MSC). Bermula pada tahun 1999, Ia telah di laksanakan dan dilancarkan secara rasmi pada 8 Mei 2001 oleh Mantan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri ( ICU JPM) dipertanggungjawabkan untuk membangunkan sistem ini. Secara keseluruhan, skopnya meliputi semua proses pelaksanaan pembangunan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) bermula daripada perancangan projek hinggalah ke proses pembayaran projek. Agensi utama yang terlibat selain daripada ICU JPM ialah Unit Perancang Ekonomi (UPE) , Perbendaharaan, Jabatan Akauntan Negara (JANM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). Semua Kementerian dan Jabatan/Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan projek pembangunan di bawah Peruntukan Belanja Pembangunan merupakan pengguna utama sistem ini di samping Pejabat Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah sebagai agensi pemantauan peringkat Negeri dan Daerah.
  2. Siapakah pengguna SPP II ?
    Pengguna SPP II adalah terdiri daripada semua kementerian dan agensi yang terlibat.
  3. Apakah saluran untuk melaporkan masalah berkaitan pelaksanaan dan penggunaan SPPII ?
    Pengguna perlu membuat log masalah tersebut ke dalam sistem Call Centre atau telefon ke talian 03-8000 8000 tindakan selanjutnya oleh Pentadbir SPP II.
  4. Apakah projek-projek yang dipantau oleh SPP II ? 
    Projek-projek yang dipantau dalam SPP II adalah projek-projek pembangunan kerajaan persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dan Private Finance Initiatives(PFI).
  5. Bolehkah ia dicapai di mana-mana lokasi? 
    SPP II boleh dicapai di mana-mana lokasi yang mempunyai capaian Putrajaya Campus Network (PCN) dan 1GovNet.



Copyright @2016. Hakcipta Terpelihara: Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.   
Penafian:Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini.Untuk paparan terbaik sila gunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox 2.0 dan ke atas pada resolusi skrin 1024x768