Mengenai JPPKSepintas Lalu

Sepintas Lalu

1. Pengenalan

Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) ditubuhkan pada 1 Januari 1991. Pengujudan JPPK adalah untuk mengambilalih tugas-tugas dan peranan Pejabat Kemajuan Negeri Kelantan sebagai agensi utama menyelaras dan memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan persekutuan di Negeri Kelantan. Selain dari itu, pengujudan JPPk adalah bertujuan untuk memastikan kawalan yang rapi ke atas projek-projek persekutuan mulai daripada perancangan hinggalah kepada pengesanan projek diuruskan dengan sempurna. 

JPPK adalah bertanggungjawab secara langsung kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri

 

2. Struktur Organisasi

  • Jabatan ini diketuai oleh Pengarah dan dibantu oleh dua (2) orang Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah     Pembangunan dan Timbalan Pengarah Teknikal dan satu (1) orang Ketua Penolong Pengarah Kanan
  • Dalam menjalankan tugas dan operasi, JPPK mempunyai 7 Bahagian dan 10 Pejabat Pembangunan Jajahan :-
  1. Bahagian Pengurusan
  2. Bahagian Kewangan
  3. Bahagian Khas
  4. Bahagian Pelaksanaan dan Pemantauan
  5. Bahagian Pembangunan Masyarakat dan Institusi
  6. Bahagian Teknologi Maklumat
  7. Bahagian Teknikal
 
Terdapat sepuluh (10) Pejabat Pembangunan Jajahan (PPJ) yang beroperasi mengikut Jajahan yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Jajahan.
  1. Pejabat Pembangunan Jajahan Kota Bharu (PPJ Kota Bahru)
  2. Pejabat Pembangunan Jajahan Pasir Puteh (PPJ Pasir Puteh)
  3. Pejabat Pembangunan Jajahan Tanah Merah (PPJ Tanah Merah)
  4. Pejabat Pembangunan Jajahan Pasir Mas (PPJ Pasir Mas)
  5. Pejabat Pembangunan Jajahan Kuala Krai (PPJ Kuala Krai)
  6. Pejabat Pembangunan Jajahan Bachok (PPJ Bachok)
  7. Pejabat Pembangunan Jajahan Machang (PPJ Machang)
  8. Pejabat Pembangunan Jajahan Tumpat (PPJ Tumpat)
  9. Pejabat Pembangunan Jajahan Jeli (PPJ Jeli)
  10. Pejabat Pembangunan Jajahan Gua Musang (PPJ Gua Musang)
 

2.3 Jabatan ini mempunyai 223 perjawatan seperti berikut:

  • Perjawatan - 225
  • Pengisian - 212
  • Kekosongan - 13
Copyright @2016. Hakcipta Terpelihara: Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.   
Penafian:Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini.Untuk paparan terbaik sila gunakan Internet Explorer 7.0 & Mozilla Firefox 2.0 dan ke atas pada resolusi skrin 1024x768