Sumber DataArkib

 

 

22 JANUARI 2018- Program baikpulih rumah secara gotong royong (Touchpoint) 2017/2018 telah diadakan di Kg Tok Kaya, Pulai Chondong. Program ini telah disempurnakan oleh YB. Dato' Hj Jazlan bin Hj Yaakub (Timbalan Menteri KKLW merangkap Ahli Parlimen Machang). Seramai 110 orang penerima di Parlimen Machang telah mendapat manfaat bantuan baikpulih rumah bagi Fasa 1 dan Fasa 2 dan masing-masing melahirkan kesyukuran di atas sumbangan dan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terutamanya mereka yang kurang kemampuan dari segi kewangan untuk mendapatkan kediaman yang lebih selesa. Turut hadir sama ialah IR ZAILAN BIN ABD RAHMAN (Timbalan Pengarah Teknikal, JPPK).  Program tersebut telah dihadiri kira-kira 150 penduduk sekitar.

 

 

  

 

20 JANUARI 2018- Majlis Pecah Tanah Pasar Baru Selising telah berlangsung dengan jayanya di tapak projek bertempat di tepi jalan utama Pasir Puteh – Kota Bahru. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan (MTPNg) Negeri Kelantan dihadapan hampir 2,000 orang yang tetap tidak berganjak walau dalam cuaca hujan lebat mencurah-curah.

Majlis ini juga turut dijayakan dengan kehadiran:

  • YB Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;
  • YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama);
  • YBhg. Dato’ Haji Yahaya bin Mamat, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (JPPK)

Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh YB Encik Zulkifle bin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising dan diikuti ucapan oleh YB Datuk Haji Zawawi bin Hj. Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak merangkap Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh dan seterusnya ucapan perasmian oleh YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed. Majlis diteruskan dengan acara menandatangani plaque perasmian sebagai simbolik pecah tanah projek pembinaan Pasar Awam Selising oleh YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed.

 

Walaupun hujan turun dengan lebatnya di sepanjang majlis diadakan, para hadirin seramai hampir 2,000 orang yang memenuhi khemah majlis tetap tidak berganjak mendengar dan menghayati amanat dan ucapan yang disampaikan. Majlis disudahi dengan jamuan rakyat berupa nasi gulai kawah yang disediakan secara buffet untuk semua tetamu dan dif jemputan. Majlis berakhir dengan jayanya pada jam 6.00 petang.

Sejarah Pembinaan Pasar Baru Selising

 Pada 20 Disember 2015, pada jam 7.15 malam setelah semua peniaga pulang ke rumah masing-masing selepas menamatkan perniagaan harian pada jam 6.00 petang, Pasar Selising telah terbakar dipercayai akibat litar pintas sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 50 peniaga kehilangan tempat mencari rezeki. Pasar tersebut dibina sekitar tahun 1984 dan telah berusia lebih 30 tahun pada masa kejadian. Sebahagian besar strukturnya adalah diperbuat dari kayu dan kejadian kebakaran ini menyebabkan 100 peratus bangunan itu musnah. Kedudukan asal tapak pasar ini adalah di dalam Pekan Selising.

Berkat kesungguhan usaha YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Pengerusi MTPNg Negeri Kelantan dan YB Encik Zulkifle bin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising mengangkat usul dan permohonan untuk pembinaan semula Pasar Selising ini, dan, atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan, pihak Kementerian Kewangan melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU, JPM) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.0 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) untuk Pembinaan Pasar Awam Selising yang baru.

Projek ini melibatkan pembinaan bangunan 1 tingkat merangkumi 60 unit gerai / kiosk dan akan dilengkapi dengan surau lelaki dan perempuan, tandas lelaki, tandas perempuan dan tandas OKU, tempat letak kenderaan, rumah sampah, mesin ATM, loading bay, TNB sub-station, loji kumbahan serta sistem bekalan air luaran dan dalaman.

Walau bagaimanapun, tapak pembinaan pasar baru tersebut telah dipindahkan oleh pihak Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) ke Lot 3280 dan Lot 3281 iaitu tepi jalan utama Pasir Puteh – Kota Bharu yang merupakan sebuah kawasan sawah padi berkeluasan 2,143 hektar. Sehubungan dengan itu, kerja-kerja menggali dan membuang ‘Unsuitable Material’ serta kerja-kerja membekal, menghampar dan memadat tanah terpaksa dilakukan dengan kos mencecah hampir RM500,000.00 iaitu 10% dari jumlah peruntukan diluluskan.

Projek pembinaan baru Pasar Awam Selising ini telah dimulakan pada 23 November 2017 dan dijangka siap dalam tempoh hampir 2 tahun iaitu pada 25 September 2019. Projek ini bakal menjadi pusat ekonomi bagi penduduk sekitar kawasan DUN Selising dan juga sebagai tempat tumpuan pelancong. Sekalung penghargaan atas usaha kepada Kerajaan Persekutuan hari ini. 

 

 

 

DABONG I 26 Disember 2017 - Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) dengan kerjasama Majlis Daerah Dabong dan Jabatan Penerangan Kuala Krai telah berjaya menyempurnakan majlis penyerahan dan perasmian bagi tiga buah projek di bawah peruntukan BP. 1 Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan  (KPKT). 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed, selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan. Beliau melahirkan rasa berbesar hati kerana ketiga-tiga projek yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan telah berjaya memberikan manfaat secara langsung kepada penduduk di Pekan Dabong, Manik Urai Baru dan Bandar Kuala Krai. Pasar Besar Dabong yang telah uzur dan mengalami kerosakan selepas banjir tahun 2014 kini telah berubah wajah setelah dibaikpulih dan dinaiktaraf sekaligus menyediakan ruang niaga yang lebih selesa bagi 18 pemilik rumah kedai dan 20 peniaga kecil. Begitu juga pasar Manik Urai Baru mengandungi 8 unit kiosk dan 2 buah rumah kedai yang terletak di lokasi strategik di Jalan Utama Kuala Krai ke Gua Musang dijangka bakal menjadi pemangkin pembangunan di kawasan sekitarnya. Sebagai tambahan, pihak kerajaan juga telah menyediakan 74 lot parking kenderaan dan 36 lot parking motorsikal di taman Sri Guchil untuk kemudahan penduduk di sekitar Bandar Kuala Krai. 

YB. Dato’ Ramzi Bin Ab Rahman, ADUN Dabong di dalam ucapan aluannya merakamkan penghargaan di atas kesudian YB Dato' Sri Mustapa hadir untuk merasmikan projek di Dabong pada kali ini. Ujar beliau, Dato' Pa merupakan pemimpin yang mengamalkan kepimpinan terbuka dan tidak sesekali wujud istilah pilih kasih kepada rakyat negeri ini. Beliau juga memuji kerjasama erat di antara kerajaan persekutuan dan negeri di dalam menyampaikan pembangunan kepada rakyat Dabong. Beliau turut memberi jaminan bahawa hubungan baik ini akan diteruskan pada masa akan datang dan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Dabong, beliau akan sentiasa menyokong semua usaha pembangunan di Dabong samada daripada pihak berkuasa tempatan mahupun persekutuan.

 

Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi menandatangani dokumen penyerahan di antara Pengarah JPPK, Dato' Hj Yahaya Bin Mamat dan Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Krai ,YM. Haji Tengku Azmi Bin Tengku Jaafar.

 Majlis diakhiri dengan jamuan rakyat pada jam 3 petang.

 

 

 

17 DISEMBER 2017 (AHAD)- Majlis ini bermula pada 10.00 pagi bertempat di Dewan SK Gunong, Bachok. Majlis ini telah disempumakan  oleh YBhg.  Dato' Dr. Awang Adek bin Hj.  Hussin Ketua UMNO Bahagian Bachok merangkap  Pengerusi MARA. Bantuan sumbangan  yang berbentuk  makanan mentah iaitu beras (5 kg), minyak masak, bihun, sardin, gula dan makanan  segera telah diagihkan  kepada penduduk-penduduk setempat sekitar Daerah Bachok. Seramai 213 orang penerima yang menjadi mangsa banjir samada yang berpindah  mahupun yang tidak berpindah  (banjir terkepung) merima bantuan tersebut.

Majlis ini turut dihadiri oleh :

1.    YBhg. Tuan Hj. Che Samsuzuha  bin Che Noh (Ketua Pemuda  UMNO Bhg.  Bachok merangkap Pegawai  Khas Dato' Dr. Awang Adek)

2.    YBhg.  Dato' Dr. lllias Bin Husain (Penyelaras  DUN Perupok)  merangkap  Tlmbalan Ketua UMNO Bhgn. Bachok

3.    YBhg. Tuan Hj. Mohd Radzuan Bin Hamat (Penyelaras  DUN Perupok)

4.    Pegawai  PPJ Bachok-En.  Ibrahim bin Mat Adam

  

 

 

19 NOVEMBER 2017 (AHAD)-  Majlis Penyerahan bagi Projek Menaiktaraf Pasar Besar Tanah Merah telah diadakan pada 19 November 2017 bertempat di Perkarangan Pasar Besar Tanah Merah. Upacara tersebut disempurnakan oleh Ir Zailan Bin Ab Rahman,Timbalan Pengarah (Teknikal) mewakili Jabatan Pembangunan Persekutuan serta Wan Mohd Suhaimi Wan Mustapha, mewakili Majlis Daerah Tanah Merah dan disaksikan oleh  Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz. Projek yang menelan belanja hampir RM1.29 Juta diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan menerusi  kementerian perumahan dan kerajaan tempatan(KPKT) dan telah berjaya disiapkan dalam tempoh kontrak melalui seliaan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK).

 

Antara skop penambahbaikan adalah  menaiktaraf Bangku&Kiosk Penjual,membaiki struktur bangunan yang rosak, mengecat  keseluruhan bangunan serta menaiktaraf keseluruhan system pendawaian elektrik bangunan. Ianya memberi kesan positif kepada pengunjung amnya serta para peniaga khususnya dimana memberi kemudahan yang lebih selesa serta berwajah baharu. Selain itu dengan projek menaiktaraf ini dapat meningkatkan daya tarikan penunjung untuk membeli di pasar besar tanah merah dan meningkatkan aktiviti ekonomi setempat.

 

 

 

 

   

 

 

 

 

 

 

 

05 NOVEMBER 2017 (AHAD) - Mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNg) Bil.3/2017 merupakan mesyuarat terakhir untuk tahun ini diadakan di Bilik Gerakan, Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dipengerusikan oleh YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed. Mesyuarat kali ini juga dihadiri Timbalan Pengerusi 2 iaitu YB. Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Haji Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sementara Timbalan Pengerusi 3 diwakili oleh Encik Mohd Razali bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penyelarasan Projek Khas) ICU, JPM. Selain itu, kehadiran Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU, JPM), YBhg. Dato Nik Azman bin Nik Abdul Majid turut merancakkan lagi perbincangan pada kali ini.

Mesyuarat kali ini banyak menyentuh dan membincangkan secara khusus berhubung dengan usaha-usaha pembangunan fizikal dan modal insan yang sedang dan akan dijalankan di Negeri Kelantan terutamanya projek-projek berimpak tinggi oleh pihak JKR dan ECER dibawah RMKe-11. Mesyuarat juga turut membincangkan isu-isu kritikal yabg belum selesai seperti pelaksanaan Rumah Kekal Banjir (RKB) serta isu keselamatan dan kemelut Orang Asli Negeri Kelantan. 

 

 

   

 

 

 

 

 

 

 

PASIR PUTEH – 14 OKTOBER 2017 (SABTU)

 

Majlis sambutan hari sukan Negara telah diadakan pada 14 Oktober 2017 (Sabtu) bertempat di Padang Awam Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP).  Program tahun ini mendapat sambutan hebat dengan kehadiran masyarakat setempat yang turut sama menyokong dan meriahkan sambutan hari sukan tersebut. Dianggarkan seramai 2,000 orang pengunjung membanjiri Padang Awam MDPP menyertai pelbagai aktiviti yang telah diadakan.  Sambutan bermula seawal jam 7.00 pagi di mana para peserta Aktiviti mengikut aktiviti senamrobik dan membuat pendaftaran untuk aktiviti berjalan kaki sejauh 3 KM mengelilingi Bandar Pasir Puteh dan aktiviti kayuhan basikal sejauh 28 KM yang bermula dari Bandar Pasir Puteh ke Tok Bali dan berakhir di Padang Awam MDPP. 

 

Majlis sambutan kali ini telah dirasmikan dengan acara melepaskan 5 ekor burung merpati putih sebagai simbolik perasmian oleh YDH Ketua Polis Daerah IPD Pasir Puteh, Superitendan Abdul Rozak Mohamed. Turut sama dalam acara perasmian ini adalah YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Hj Zawawi bin Hj Othman, ADUN Semerak dan YB Zulkifly bin Ali, ADUN Selising, Dato’ Hj Hashim bin Ismail, Penyelaras DUN Limbongan dan Puan Irma Jasmin binti Ishak, Pegawai Pembangunan Jajahan Pasir Puteh.

 

Acara –acara lain yang turut diadakan sepanjang sambutan Hari Sukan Negara peringkat Parlimen Pasir Puteh ini adalah sepakan penalti terbuka, bola jaring kanak-kanak dan bola jaring dewasa. Para pengunjung juga tidak ketinggalan menyertai cabutan bertuah dan memenangi 30 biji hamper 7 buah basikal.

 

Acara tarik tali mengakhiri sambutan ini dengan pertandingan antara  pasukan Majlis Belia Pasir Puteh dan Pasukan JKKKP Pasir Puteh yang berakhir pada jam 12.00 tengahari.

 

  

 

 

 

 

 

 

 

 

KUALA KRAI – 14 OKTOBER 2017 (SABTU)

Pelancaran Program MY BEAUTIFUL NEIGHBOURHOOD Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2017  telah diadakan pada 14 Oktober 2017 (Sabtu) bertempat di Kompleks Rekreasi Gua Ikan, Dabong Kuala Krai. Majlis bermula pada pukul 7.45 pagi dimulai dengan Taklimat Gotong-Royong  oleh Ustaz Zaki bin Mohamed dan majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada YBrs. Tuan Hj. Yahaya bin Mamat (Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan diikuti dengan ucapan perasmian daripada Dato’ Ramzi bin Ab Rahman (Adun Dabong). Acara seterusnya Pelancaran Gimik Bergotong-Royong oleh YB Dato’ Ramzi bin Ab Rahman (Adun Dabong), YBrs.Tuan Hj. Yahaya bin Mamat (Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan dan Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan Negeri Kelantan iaitu menanam anak pokok. Semua Agensi/NGO bersama penduduk membersihkan persekitaran Kompleks Rekreasi Gua ikan mengikut Zon/Blok/Tugas yang diberikan.

 

Majlis turut diserikan dengan Sukaneka dan Pertandingan Mewarna dari kanak-kanak Tadika KEMAS. Para pengunjung turut dihiburkan dengan Acara Dikir Barat dan Cabutan Bertuah. Acara seterusnya Lawatan ke 8 Booth Pameran dan Perkhidmatan Agensi/NGO antaranya Pertanian, Kesihatan , Jabatan Pendaftaran Negara , Polis dan PTPTN. Majlis diteruskan dengan Jamuan Rakyat yang dilakukan secara bergotong-royong dengan Penduduk setempat dan diteruskan dengan solat zohor berjemaah.

 

Majlis tersebut dihadiri kira-kira 1500 orang termasuk VIP yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan di Negeri Kelantan dan Daerah Kuala Krai. Majlis berakhir pada pukul 2.00 petang.

 

 

 

 

 

 

 

 

MACHANG – 22 SEPTEMBER 2017 (JUMAAT)

Majlis Pelancaran BaikPulih Rumah Di Bawah Projek Touch Point Secara Gotong Royong Peringkat Parlimen Machang telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah merangkap Ahli Parlimen Machang. Seramai 10 orang penerima bantuan baik pulih rumah, melibatkan setiap Dun di Parlimen Machang. Majlis tersebut dilancarkan bagi peringkat Parlimen Machang Kg. Lepan Peringat, Temangan. Kehadiran pelancaran dianggarkan seramai 150 orang.

 

  

  

 

 

 

 

 

 

KOTA BHARU – 18 SEPTEMBER 2017 (ISNIN)

Pada 18 Sept 2017 (Isnin), Tazkirah mingguan JPP diadakan bersama dengan Taklimat Integriti yang disampaikan oleh Ketua Unit Integriti ICU JPM, Pn Waheeda Bt Mohd Idris. Program ini diadakan di bilik gerakan JPPK, Tingkat 14 Menara Perbadanan yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan termasuk wakil-wakil dari Pejabat Pembangunan Jajahan.

Majlis dimulakan dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Tuan Haji Zubir Bin Che Mat, Pegawai Pembangunan Islam.

Selepas majlis tazkirah, taklimat integriti diteruskan yang disampaikan sendiri oleh Ketua Unit Integriti ICU JPM. Majlis diakhiri dengan  ucapan oleh YABrs. Tuan Hj Yahaya Mamat, Pengarah JPP.